Close

Samsung Smart Monitor M8, M7 dan M5 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1538

Samsung Malaysia hari ini telah perkenalkan Smart Monitor M8, M7 dan M5 yang mempunyai rekaan minimalist dan spesifikasi yang menarik. Selain dari menjadi monitor pintar, ia juga mempunyai kebolehan untuk menjadi televisyen pintar Samsung.

Ini kerana, Smart Monitor kali ni hadir dengan ciri tv pintar dengan aplikasi seperti YouTube, Apple TV+, Netflix dan pelbagai lagi. Anda boleh jadikan ia sebagai TV atau Monitor dengan resolusi 4K. 
Dari segi saiz, M5 mempunyai 2 pilihan saiz iaitu 27-inci dan 32-inci. Manakala M7, dengan saiz 32-inci dan 43-inci. Untuk M8, hanya 32-inci sahaja.
M8

Rekaan untuk M5 dan M7 berkongsi reka bentuk yang sama, manakala M8 mempunyai rekaan yang sedikit berbeza, lebih unik dan modern. Jika sekali pandang, ala-ala produk Apple terbaru, Studio Display dan iMac.

M5 / M7
Antara ciri lain, terdapat juga pembantu suara maya Bixby. Dan buat M8, turut hadir dengan kamera FHD SlimFitCamera yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan video. Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia untuk setiap pilihan model dan saiz :
  • M5 27″ – RM1538
  • M5 27″ (White) – RM1688
  • M5 32″ – RM1688
  • M5 32″ (White) – RM1888
  • M7 32″ – RM2088
  • M7 32″ (White) – RM2288
  • M7 43″ – RM3288
  • M8 32″ – RM3488
Untuk setiap pra-tempahan Samsung Smart Monitor dari 28 Mac hingga 6 April 2022 ini, anda akan mendapat hadiah percuma Smart Keyboard Trio 500 untuk semua model. Manakala buat M7, terdapat 1x penambahan hadiah Bluetooth Mouse Slim dan 1x lagi penambahan hadiah buat M8 iaitu Samsung Buds Live.

ARTIKEL BERKAITAN