Close

Siri Google Pixel 7 dijangka akan dilancarkan lebih awal

Sumber: LetsGoDigital

Seperti yang kita tahu Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro merupakan peranti pertama hadir dengan cip Tensor yang dibangunkan oleh Google dan juga tampil dengan reka bentuk yang sangat berbeza dari generasi Pixel sebelumnya, serta menawarkan tetapan kamera yang lebih baik pada siri Google Pixel 6 Pro.

Melalui laporan yang di kongsi oleh Ross Young , Google Pixel 7 dikatakan akan hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 6.3 inci berbanding Google Pixel 6 yang hadir dengan skrin 6.43 inci dan Google Pixel 7 mungkin akan menggunakan panel LTPO 90Hz. Dengan skrin yang lebih kecil, Google Pixel 7 mungkin hadir dengan kapasiti yang lebih kecil. Manakala, pada Google Pixel 7 Pro ia akan hadir dengan saiz skrin yang sama seperti Google Pixel 6 Pro iaitu 6.7 inci dengan panel LTPO 120Hz. 

Sumber: OnLeaks

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan yang siri Google Pixel 7 mungkin akan diumumkan lebih awal berbanding siri Google Pixel 6 yang diumumkan pada Oktober tahun 2021. 


Sumber: OnLeaks

Siri Google Pixel 7 dijangka akan hadir dengan reka bentuk  yang sama seperti pada siri Google Pixel 6 namun dengan sedikit perubahan dari segi kedudukan kamera di bahagian belakang. Dijana dengan cip Tensor generasi kedua yang akan membawakan peningkatan dari segi prestasi CPU dan juga GPU. Cip tensor generasi kedua juga akan menggunakan Modem terbaru dari Samsung iaitu Exynos 5300.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN