Close

Siri Redmi K50 muncul peranti pertama hadir dengan penawaran audio Bluetooth 5.3 dan Codec LC3

Xiaomi telah pun mengesahkan hari pelancaran siri Redmi K50 iaitu pada 17 Mac ini. Pada acara ini, Redmi akan memperkenalkan dua model di bawah siri Redmi K50 iaitu K50 Pro dan juga K50 Pro +. Menjelang hari pelancaran tersebut, Redmi telah berkongsi beberapa teaser awal mengenai spesifikasinya.

Melalui teaser terbaru yang dikongsi, siri Redmi K50 akan menjadi peranti pertama hadir dengan sokongan audio Bluetooh 5.3, yang mana ia dapat meningkatkan kependaman, penggunaan kuasa dan julat. Selain itu, siri Redmi K50 juga akan menggunakan codec audio LC3 yang mana ia dapat meningkatkan kualiti penstriman audio sekaligus menjadikan siri Redmi K50 kalis codec masa hadapan.

Antara spesifikasi lain yang telah dikongsi adalah Redmi K50 Pro + akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000, iaitu cip terkini dari MediaTek dengan teknologi 4nm yang dikatakan setandingan dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200. Manakala K50 Pro akan dijana oleh Dimensity 8100.


Untuk fotografi, kedua duanya akan hadir dengan tetapan tri kamera dengan kamera utama 108MP bersama OIS, menjalankan Android 12 dengan RAM sehingga 12GB. Untuk fungsi sambungan, siri Redmi K50 akan hadir dengan ciri GPS dwi-frekuensi, WiFi 6 dan IR blaster.

Nantikan hari pelancaran siri Redmi K50 pada 17 Mac ini, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya. Sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN