Close

Skematik terperinci iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max tertiris – Reka bentuk yang lebih nipis dan bonggol kamera yang lebih besar

Sebelum ini telah tertiris skematik asas bagi model iPhone 14 Pro. Pada kali ini skematik lebih terperinci bagi model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tersebar di arena web. Rekaan skematik tersebut telah dikongsi oleh Max Weibach.

Berdasarkan dari skematik tersebut, ia memperlihatkan rekaan kedua dua model tampil dengan reka bentuk yang lebih nipis bersama bonggol kamera yang lebih besar.

Mengikut dari skematik, lebar iPhone 14 Pro Max ialah 77.58 mm sedikit kecil daripada iPhone 3 Pro Max dengan 78.1 mm. Dari segi ketinggian iPhone 14 Pro Max hampir sama seperti iPhone 13 Pro Max iaitu 160.8 mm dan 160.7 mm.

Untuk ketebalan, iPhone 14 Pro Max berukuran 7.85 mm iaitu tebal sedikit daripada iPhone 13 Pro Max dengan 7.65 mm. Selain itu, merujuk pada skematik bonggol kamera pada iPhone 14 Pro Max adalah lebih tebal berbanding iPhone 13 Pro Max iaitu 4.17 mm berbanding 3.60 mm. Ketinggian kamera belakang juga dikatakan meningkat sebanyak 5% dengan lebar semasa 35.01 mm kepada 36.73 mm dan ketinggian 36.24 mm kepada 38.21 mm.

Turut dikongsi skematik terperinci bagi iPhone 14 Pro yang dilihat lebih kecil. Mengikut dari skematik, lebar iPhone 14 Pro adalah sama seperti iPhone 13 Pro iaitu 71.45 mm berbanding 71.5 mm. Ketinggian iPhone 14 Pro pula tidak berubah iaitu 147.46 mm berbanding 147.5 mm. Seperti iPhone 14 Pro Max, iPhone 14 Pro juga akan tampil dengan bonggol kamera yang lebih tebal iaitu 4.17 mm berbanding 3.60 mm ukuran semasa.

Secara keseluruhan ia masih membawakan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya. Walaupun sebelum ini terdapat laporan mengatakan siri iPhone 14 akan tampil dengan reka bentuk 100%  berbeza dari siri iPhone 13. Walaupun dengan rekaan yang sama kami menjangkakan pelbagai penambahbaikan akan dilakukan oleh Apple pada siri iPhone 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN