Close

Tak suka besar sangat tapi masih mahukan ciri flagship yang bagus? – Cuba Samsung Galaxy S22+

Dalam pelancaran rasmi siri Galaxy S22, nampaknya Galaxy S22 Ultra paling banyak menjadi bualan kerana pembaharuan yang Samsung lakukan amat sinonim dengan ciri yang pernah ada pada Galaxy Note. Tapi sebenarnya, Galaxy S22+ juga tidak kurang hebatnya.

Rekaan yang ada pada Galaxy S22+ berbeza dari Galaxy S22 Ultra. Kerana ia masih mengekalkan identiti siri Galaxy S21 sebelum ini, tiada perbezaan yang ketara dan mempunyai pilihan warna baharu dan peningkatan spesifikasi yang membuatkan ia sedikit berbeza dari Galaxy S21+.

Unit yang kami guna adalah warna hijau yang kelihatan sangat menawan. Saiz kali ini adalah 6.6-inci, sedikit kecil dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersama panel LTPO 2.0 baharu yang membolehkan paparan berubah dari 1 hingga ke 120Hz dan kecerahan mencapai 1750 nits.

Menariknya kali ni Samsung menawarkan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 buat pasaran Malaysia, bukan Exynos 2200. Bahkan, Samsung juga menjanjikan kemaskini Android OS sehingga 4 tahun dan sekuriti sehingga 5 tahun.

Berbeza dari siri Galaxy S21, siri kali ini terdapat varian dengan harga lebih rendah. Untuk Galaxy S22+ bermula RM4099 untuk 8GB RAM + 128GB storan. Namun, kami berpendapat storan 128GB tidak cukup memandangkan saiz gambar dan video yang dihasilkan dari Galaxy S22+ bukan kecil, ia memerlukan ruang storan lebih besar buat penggunaan lebih lama.

Jadi, kami galakkan untuk beli varian 8GB RAM + 256GB storan yang lebih selamat dan tidak perlu fikirkan storan mudah penuh dalam masa yang singkat. Hanya tambah RM200 sahaja, iaitu RM4299 untuk varian 256GB.

Apa pun, nantikan ulasan penuh Galaxy S22+ setelah beberapa minggu penggunaan.

ARTIKEL BERKAITAN