Close

Telefon pertama dari Nothing dijangka akan diumumkan tidak lama lagi

Buat masa ini, Nothing hanya menghasilkan satu sahaja produk iaitu Nothing Ear 1 yang merupakan fon telinga tanpa wayar yang dilancarkan pada tahun lepas. Namun, Nothing dilihat tidak lama lagi akan mengumumkan telefon pertama mereka selepas Carl Pei memberikan beberapa petunjuk awal mengenainya.

Melalui laporan dari TechCrunch, Nothing dikatakan telah pun memperlihatkan rekaan prototaip telefon pertama mereka melalui satu pertemuan ekseklusif industri di MWC. TechCrunch memberitahu yang telefon pertama Nothing akan turut membawakan reka bentuk serupa dengan Ear 1 iaitu dengan rekaan yang mempunyai elemen ketelusan.

 

Ia bukanlah kali pertama kita akan melihat telefon dengan rekaan telus, namun berharap Nothing tidak akan mengulangi apa yang dilakukan Xiaomi pada model Edisi Explorer di mana Xiaomi menambah elemen tiruan dibawah panel belakang model tersebut.

Pada awal bulan lalu, pengasas Nothing iaitu Carl Pei menulis di twitternya dengan “back on Android” dan “Android 12 was nice” yang sekaligus menguatkan lagi laporan sebelum ini mengenai Nothing akan menghasilkan telefon pertama. Dan pada beberapa bulan lalu Nothing tanpa berselindung telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Qualcomm.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN