Tiada lagi model baru Subaru WRX SI dengan enjin Petrol – Akan fokus pada pengeluaran kereta elektrik - FUZZ.MY

Monday, March 14, 2022

Tiada lagi model baru Subaru WRX SI dengan enjin Petrol – Akan fokus pada pengeluaran kereta elektrik


Subaru telah mengumumkan bahawa syarikat automotif dari Jepun itu akan menghentikan pengeluaran model terkenal mereka, Subaru WRX SI generasi seterusnya yang menggunakan enjin Petrol pada masa hadapan.


Ini kerana, Subaru ingin memberi tumpuan terhadap pengeluaran kereta elektrik disebalik kereta dengan enjin Petrol. Subaru juga turut memaklumkan ini adalah keperluan untuk memenuhi piawaian alam sekitar yang diperketatkan.


Jika ikut pada sejarah pengeluaran model terkenal ini, WRX mula diperkenalkan pada tahun 1992 berasaskan Impreza dan cukup terkenal dikalangan peminat automotif, terutamanya peminat kereta jepun (JDM) di Malaysia.


Sekaligus, kita tidak akan nampak lagi WRX dengan enjin petrol selepas ini.