Vivo X Fold – Peranti dengan skrin boleh lipat dari Vivo akan dilancarkan pada 11 April ini - FUZZ.MY

Monday, March 28, 2022

Vivo X Fold – Peranti dengan skrin boleh lipat dari Vivo akan dilancarkan pada 11 April ini



Sebelum ini kita sudah mendengar ura-ura tentang peranti terbaru dari Vivo yang mempunyai kebolehan skrin boleh lipat seperti Samsung Galaxy Fold, dan kini Vivo telah umumkan pelancarannya pada 11 April ini.


Vivo juga turut mendedahkan nama rasmi peranti ini, iaitu Vivo X Fold. Jika perhatikan dari video promosi yang tertiris, konsep skrin boleh lipat Vivo dilihat menggunakan konsep yang hampir sama seperti Galaxy Fold yang diperkenalkan sejak tahun 2019.



Terdapat juga ura-ura bahawa Vivo X Fold akan hadir dengan panel skrin QLED dengan resolusi FHD+, bateri sebesar 4300mAh, pengecasan berwayar 80W, cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM dan storan 512GB.


(Sumber)