Close

Xiaomi 12 Ultra mungkin hadir dengan pengecasan pantas 120W dan Bateri 4900mAh

Sumber : Letsgo Digital

Model Xiaomi 12 Ultra bukanlah lagi satu rahsia ketika ini, namun pihak Xiaomi buat masa ini belum lagi mendedahkan seberang maklumat awal mengenai peranti tersebut. Walaupun begitu, terdapat beberapa spesifikasi tertiris mengenainya di arena web.

Sebelum ini telah tertiris reka bentuk Xiaomi 12 Ultra yang tampil dengan kamera belakang berbentuk bulat bersama tetapan empat kamera. Maklumat terbaru ini pula adalah mengenai spesifikasi dalaman Xiaomi 12 Ultra.

Memetik dari laporan dari Digital Chat Station di Weibo, Xiaomi 12 Ultra dijangka akan menggunakan pengecasan pantas 120W bersama bateri sebesar 4900mAh. Ia merujuk kepada model Xiaomi 12 Pro yang hadir dengan bateri 4600mAh yang turut menyokong pengecasan pantas yang sama.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang boleh dikongsi mengenai Xiaomi 12 Ultra, antara maklumat lain yang tertiris adalah Kamera yang akan digunakan pada Xiaomi 12 Ultra ialah sensor dari Sony dan bukanlah dari Leica sepertimana yang tertiris sebelum ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN