Acara Apple WWDC 2022 dijadualkan pada 6 Jun ini – Pelancaran iOS 16, watchOS 9 dan pelbagai lagi - FUZZ.MY

Wednesday, April 6, 2022

Acara Apple WWDC 2022 dijadualkan pada 6 Jun ini – Pelancaran iOS 16, watchOS 9 dan pelbagai lagi


Apple telahpun mengumumkan tarikh acara WWDC 2022 (Worldwide Developer Conference) yang akan diadakan bermula 6 hingga 10 Jun tahun ini. Acara ini masih mengekalkan konsep digital secara langsung seperti acara Apple baru-baru ini.


Dalam acara ini, Apple dijangka akan perkenalkan perisian baharu untuk barisan produk mereka, iaitu iOS 16 buat iPhone, iPadOS 16 buat iPad, watchOS 9 buat Apple Watch, macOS 13 dan tvOS 16. Pada pelancaran ini, hanya perisian versi BETA (percubaan buat pembina perisian/aplikasi) yang tersedia.


Terdapat juga ura-ura bahawa Apple mungkin akan perkenalkan Mac Pro baharu dalam acara WWDC 2022. Apa pun, sama-sama kita nantikan.