Close

Apple bakal perkenalkan langganan untuk iPhone bermula dari RM148 sebulan

 

Sebelum ini terdapat laporan mengenai Apple bakal memperkenalkan perkhidmatan langganan untuk iPhone kepada pengguna sebagai salah satu cara daripada membelinya. Seperti perkhidmatan langganan lain yang diperkenalkan oleh Apple, secara rasional perkhidmatan ini lebih mudah untuk menghasilkan wang dan mengurangkan kebergantungan Apple kepada rakan kongsi.

Terkini, Mark Gurman melalui Power On telah berkongsi pelan harga langganan bagi iPhone, yang memperlihatkan langganan iPhone ditawarkan selama tiga tahun. Ini adalah senarai harga langganan bagi iPhone 13 :

  •  iPhone 13 (USD35/bulan) – RM148
  • iPhone 13 Pro (USD45/bulan) – RM190
  • iPhone 13 Pro Max (USD50/bulan) – RM210

Menurut Apple, rata rata pengguna cenderung untuk menaiktaraf iPhone mereka selepas tiga tahun. Dengan pengenalan perkhidmatan ini Apple dijangka akan dapat menjana RM3,375 ($800) daripada pelanggan setiap tiga tahun.
Perkhidmatan langganan ini dijangka akan diperkenalkan menjelang tahun 2023. Pelan langganan ini bukanlah seperti pelan langganan yang ditawarkan oleh Telco. Di mana peranti dapat di miliki selepas bayaran langganan habis. Namun langganan ini adalah seperti anda melanggan Netflix, Google One, Amazon Prime dan sebagainya pengguna hanya menyewa dan apabila anda berhenti melanggan, ia tidak lagi dapat digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN