Close

Apple dijangka mula menyertakan kamera telefoto pada iPhone 15


Kamera telefoto
telah lama digunakan pada peranti Android. Boleh dikatakan kesemua peranti premium Android tampil dengan tetapan kamera telefoto. Namun begitu, Apple masih belum lagi menawarkan kamera telefoto pada iPhone mereka.

Menurut laporan Apple dijangka akan mula menyertakan kamera telefoto pada iPhone 15. Merujuk kepada sumber Jahwa yang juga merupakan pembekal terbesar OIS dan Autofokus di Korea Selatan menyatakan yang Apple telah pun mencapai perjanjian yang melibatkan jumlah $155 juta untuk membina kemudahan pembuatan baharu.

Dengan jumlan pelaburan yang besar, Apple dijangka akan menjadi keutamaan kepada Jahwa juga merupakan pembekal OIS dan Autofokus bagi Samsung. Perkakasan kamera baharu ini dijangka akan mula digunakan pada iPhone 15 dan akan memulakan pengeluran pada suku kedua 2023.

Walaupun Apple akan mula menyertakan kamera telefoto pada iPhone 15 namun Apple belum lagi bersedia untuk membawakan kamera telefoto periskop sekaligus memberikan gambaran yang kamera zum yang lebih maju sedang dalam pembikinan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN