Close

Apple memeterai perjanjian bernilai 33 Juta dengan BOE untuk menghasilkan skrin iPhone 14


Apple dikatakan telah memeterai perjanjian dengan pembuat skrin utama China iaitu BOE. Perkara ini didedahkan oleh individu penting yang turut mendedahkan kontrak bernilai 33 Juta  yang akan  membekalkan 25% skrin OLED yang akan digunakan pada model asas iPhone 14.


BOE hanya akan membekalkan skrin untuk model 6.1 inci, ini bermaksud model seperti iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan menggunakan skrin eksklusif yang akan dihasilkan oleh Samsung dan LG.

Perjanjian ini merupakan perjanjian pertama BOE dengan Apple dalam  menyediakan skrin iPhone bagi model terkini. Sebelum ini BOE telah pun mengeluarkan versi gantian dan skrin untuk generasi iPhone sebelum ini. Terdapat juga laporan bahawa BOE juga bersedia untuk membekalkan skrin OLED untuk iPad dan MacBook pada masa akan datang.

Unutk memenuhi permintaan Apple, BOE di katakan bersedia untuk mengembangkan kilangnya di Sichuan bagi menghasilkan skrin yang mencukupi berdasarkan permintaan yang semakin tinggi. BOE kini merupakan pembuat utama skrin di China dan kedua di dunia selepas Samsung. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN