Close

Apple Watch dengan fungsi pemantauan tekanan darah hanya akan tiba pada tahun 2024


Fungi pemantauan tekanan darah telah pun tersedia pada Samsung Galaxy Watch 4, namun Apple mengambil masa sedikit lebih panjang untuk menambah fungsi ini pada Apple Watch mereka. Menurut Mark Gurman fungsi ini  hanya akan tersedia pada Apple Watch bermula pada tahun 2024.

 

Ini adalah kerana Apple dikatakan menghadapi beberapa masalah yang menyebabkan teknologi tersebut dilihat belum bersedia untuk digunakan sehingga 2024. Masalah utama yang dihadapi adalah ketepatan menentukan pengguna mempunyai tekanan darah tinggi. Fungsi ini dikatakan telah dibangunkan selama empat tahun.

Selain itu, Apple dilaporkan mahu menggunakan cara tersendiri untuk membaca tekanan darah dengan tidak memberikan bacaan sistolik dan diastolik tertentu. Sebaliknya akan memberikan amaran kepada si pemakai bahawa mereka mungkin menghadapai hipertensi. Fungsi ini kurang menarik berbanding perlaksanaan pemantauan tekanan darah pada Samsung yang memerlukan penentukuran bulanan dengan monitor tradisional.

Seiring dengan pengenalan fungsi pemantauan tekanan darah, Apple telah pun menambah beberapa fungsi baru seperti penjejakan tidur, pengurusan ubat dan ciri kesihatan wanita pada aplikasi kesihatan mereka.

Apple dijangka akan melancarkan tiga varian Apple Watch 8 pada tahun ini iaitu Apple Watch 8 standard, Apple Watch 8 SE dan juga Apple Watch 8 versi rendah. Pada siri Apple Watch 8, Apple akan mula menyertakan fungsi pengesan suhu badan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN