Close

Google Pixel Watch dengan rekaan penuh tertiris buat pertama kali


Google nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan jam tangan pintar pertama mereka. Selepas bertahun tahun spekulasi mengenai Google Pixel Watch tertiris di arena web. Walaupun Google mengambil masa yang begitu lama untuk menghasilkannya, kini Google sudah bersedia untuk melancarkannya.

Sumber: AndroidCentral

Terkini, pelanggan sebuah restoran dikatakan secara tidak sengaja tertinggal Google Pixel Watch, yang mana ia ditinggalkan dengan satu set lengkap termasuk kotak. Berdasarkan itu, jam tersebut dilihat sama seperti yang telah tertiris sebelum ini iaitu tampil dengan rekaan bulat, butang pemulas, mikrofon dan juga butang di sebelah kanan.


Sumber: AndroidCentral

Walaubagaimanapun, Google Pixel Watch yang tertinggal itu merupakan jam percubaan merujuk kepada perkataan yang tertulis di kotak iaitu “internal testing and development only”. Dan hanya memaparkan ikon Google apabila dihidupkan.

Sumber: AndroidCentral

Google Pixel Watch dijangka hadir dengan cip Exynos dan akan menjalankan Wear OS 3.0. Selain itu, ia juga dijangka menyokong beberapa ciri dari Fitbit. Google mungkin akan mengumumkan Pixel Watch pada Mei melalui acara Google I/O.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN