Honor Magic4 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi - FUZZ.MY

ASUS

Thursday, April 28, 2022

Honor Magic4 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi


Tahun ini nampaknya Honor semakin agresif dengan pengeluaran fon terbaru mereka. Baru-baru ini Honor telah perkenalkan fon kelas pertengahan iaitu siri Honor X dengan keunikan dari segi rekaan dan harga yang mampu milik.


Berita baik buat peminat Honor, kini Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa fon kelas andalan terbaru mereka, Honor Magic4 Pro 5G yang dijana cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan menggunakan Android OS bakal memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi.


Setakat ini harga masih belum diketahui, namun spesifikasi yang ditawarkan pada model kali ni memang nampak mengiurkan. Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi Honor Malaysia terhadap harga jualan Magic4 Pro kelak.