Close

Honor X9 5G dan Honor X8 ditawarkan dengan harga bermula RM899 bersama hadiah bernilai RM298

Siri baharu Honor iaitu Honor X9 5G, X9 dan Honor X8 secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia. Kedua-dua peranti ini dilancarkan dengan penawaran spesifikasi kelas pertengahan namun tampil dengan beberapa ciri premium.

Ketika ini, Honor sedia menawarkan hadiah percuma menarik dengan setiap pembelian Honor X9 dan Honor X8 yang bernilai sehingga RM298, ia termasuk dengan HONOR Choice Earbuds X dan juga penambahan tempoh jaminan 1 tahun menjadikan jaminan keseluruhan adalah 2 tahun.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Honor X9 5G, ia ditawarkan dengan harga RM1099 dan untuk versi X9 5G pula ditawarkan dengan harga RM1299, sementara untuk Honor X8 pula ia ditawarkan dengan harga bermula RM 899. Kesemua peranti tampil dengan beberapa pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

Dari segi spesifikasi Honor X9 5G dan Honor X9 dipisahkan dengan cip sahaja, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.81 inci LCD FHD+ dengan paparan 120Hz. Di jana cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB RAM ( tambahan 2GB secara maya) dengan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.

Manakala bagi spesifikasi Honor 8x pula, ia hadir dengan skrin 6.7 inci LCD FHD+, cip Snapdragon 680 dan dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB. Bateri bersaiz 4000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti Honor terbaru ini, Maxis melalui pelan Postpaid 128, menawarkan peranti Honor X9 5G dan X8 dengan hanya RM1. Pelan ini akan mula tersedia pada 7 April 2022. Bagi HONOR X7 pula, pakej di bawah pelan Maxis 98 Postpaid akan bermula pada 14 April 2022 juga pada harga RM 1.

Selain Maxis, Umobile turun menawarkan penjimatan melalui pelan Unlimited Hero Postpaid dengan penjimatan sehingga RM1,299 untuk Honor X9 5G. Ini bermakna anda boleh memiliki peranti tersebut dengan hanya RM0. Selain itu, tiada sebarang bayaran pendahuluan dikenakan untuk anda bawa pulang Honor X9 5G.

Peranti lain yang turut ditawarkan adalah Honor MagicBook 16 dengan harga bermula dari RM4299. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1585.

Dapatkan HONOR X9 5G di Maxishttps://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x9-5g

Dapatkan HONOR X8 di Maxis

https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x8

Dapatkan HONOR X9 5G di Umobile :
http://www.u.com.my/en/personal/support/store-finder

ARTIKEL BERKAITAN