Close

Honor X9, Honor X7 dan MagicBook 16 kini ditawarkan dengan harga bermula RM699 bersama hadiah bernilai RM936

Seperti yang kita tahu Honor telahpun mengumumkan barisan baharu Honor iaitu Honor X9 5G, Honor X9, Honor X8 dan juga Honor X7. Tidak terhenti disitu, Honor turut mengumumkan model baru komputer riba iaitu MagicBook 16 bagi menggantikan siri MagicBook sedia ada.

 

Selepas membawa kejayaan pada siri Honor X9 5G dan Honor X8, kini Honor sedia menawarkan Honor X9, Honor X7 dan juga MagicBook 16. Bersama penawaran ini, Honor membawakan hadiah sehingga RM936 untuk setiap pembelian.

 

 

Pada siri Honor X9, Honor menawarkan pengalaman kamera pada tahap tertinggi dengan membawakan tetapan empat kamera dengan sensor utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP Bokeh dan 2MP Makro. Mampu menghasilkan imej yang baik dan berkualiti dan turut menyokong rakaman video 1080P dengan resolusi 1920×1080.

 

 

Untuk spesifikasi asas, Honor X9 di jana dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan RAM 8GB (tambahan 2GB secara maya) dan storan dalaman sehingga 128GB. Didatangkan dengan skrin bersaiz 6.81 inci FHD+ bersama paparan 90Hz. Bateri sebesar 4800mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W.

 

Bagi yang berminat untuk memiliki Honor X9 ia dijual pada harga mampu milik iaitu RM1,099 bersama empat pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian Honor X9 akan mendapat jaminan tambahan satu tahun menjadikan ia dua tahunan jaminan secara keseluruhan dan hadiah percuma bernilai RM109. Anda juga boleh membeli Honor X9 dengan harga RM1 melalui pelan Maxis pascabayar RM98.

 

 

Seterusnya, mengenai Honor X7 ia hadir dengan skrin bersaiz 6.74 inci bersama paparan 90Hz. Di jana cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 4GB RAM ( tambahan 2GB secara maya) dan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

 

 

Jika Honor X9 menawarkan kemampuan kamera pada tahap tertinggi, pada Honor X7 pula ia menawarkan jangka hanya penggunaan yang lebih panjang sekaligus dapat mengekalkan produktiviti sepanjang hari.

 

Honor X7 ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu RM699 bersama dua warna pilihan iaitu Titanium Silver dan Ocean BlueSetiap pembelian Honor X7 akan mendapat jaminan tambahan satu tahun menjadikan ia dua tahunan jaminan secara keseluruhan dan hadiah percuma bernilai RM109. Seperti mana Honor X9, Honor X7 turut boleh dibeli dengan harga RM1 melalui pelan Maxis pascabayar RM98.

 

 

Selain itu, Honor turut menawarkan MagicBook baru iaitu MagicBook 16 yang membawakan elemen stylista namun tetap menfokuskan kepada prestasinya. Di jana dengan cip pemproses AMD Ryzen™ 7 5800H dengan peningkatan prestasi sehingga 26% bersama sistem penyejuk yang lebih baik.

 

Dari segi pretasi grafik pula ia menawarkan peningkatan prestasi sehingga 15% sekaligus ia sesuai digunakan untuk bermain permainan  dan melakukan tugas berat seperti suntingan video dan lain lain.

 

Untuk konfigurasi, Honor MagicBook 16 didatangkan dengan RAM 16 dan storan 512GB dengan pilihan warna Space Grey. Bagi anda yang berminat untuk memiliki Honor MagicBook 16 ia boleh didapati dengan harga serendah RM5.88 sehari dengan pelan bayaran ansuran selama 24 bulan dengan 0% faedah. 

 

Setiap pembelian MagicBook 16 ia hadir dengan hadiah percuma bernilai RM936 termasuk Microsoft Office Personal 360, tetikus tanpa wayar, beg galas komputer riba dan penjagaan bateri selama 1 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN