Close

iPhone 14 tidak akan hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin dan kamera Periskop

Maklumat mengenai siri iPhone 14 semakin hangat diperkatakan, sebelum ini beberapa siri awal mengenai iPhone 14 telah tertiris antaranya adalah reka bentuk yang akan digunakan, kamera dan juga cip yang akan digunakan.

Menurut laporan terbaru dari Ming-Chi Kuo, siri iPhone pada tahun ini tidak akan dilancarkan bersama teknologi pengimbas cap jari dibawah skrin dan juga kamera periskop. Kuo juga menjangkakan yang kamera periskop mungkin akan digunakan pada tahun 2023, manakala pengimbas cap jari dibawah skrin pula mungkin akan mula digunakan pada tahun 2025.

Sebelum ini kuo melaporkan yang mana iPhone 14 model Pro sahaja akan dijana dengan cip terbaru A16 manakala untuk siri bukan Pro akan dijana cip A15. Selain itu, model bukan Pro juga tidak akan hadir dengan ciri ProMotion berikutan pengilang BOE dikatakan tidak dapat membekalkan panel yang mencukupi seperti mana yang di minta oleh Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN