Close

OnePlus menjadualkan acara pelancaran OnePlus Ace pada 21 April ini


OnePlus akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi OnePlus baharu yang akan dikenali sebagai Ace pada 21 April ini. Sebelum ini terdapat beberapa maklumat telah tertiris mengenai OnePlus Ace yang memperlihatkan ia tampil dengan tiga kamera belakang, sisi yang rata dan tanpa butang alert slider.

Merujuk kepada laporan awal, OnePlus Ace akan dikuasakan oleh cip MediaTek iaitu Dimensity 8100 dan digabungkan dengan RAM sehingga 12GB. Skrin bersaiz 6.7 inci AMOLED FHD+ dan juga tiga tetapan kamera belakang dengan sensor utama 50MP, 8MP sudut ultra lebar dan 2MP makro.

Selain itu, OnePlus Ace juga akan menyokong pengecasan pantas 150W dan turut hadir dengan sensor IR. Ia pertama kali peranti OnePlus hadir dengan ciri sebegitu. Walaubagaimanapun, OnePlus Ace tidak akan hadir dengan butang alert slider seperti model OnePlus lain dan OnePlus Ace dikatakan adalah Realme GT Neo 3 yang dijenamakan semula.

Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancaran tidak lama lagi. Penawaran model OnePlus Ace dilihat sedikit mengelirukan memandangkan OnePlus 10R juga dijangka akan diumumkan pada bulan April ini. Model Ace adalah model baharu dibawah jenama OnePlus yang sebelum ini hanya menawarkan OnePlus Nord untuk kelas pertengahan dan OnePlus untuk kelas premium.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN