Close

Pandangan awal Samsung Galaxy A33 5G – Apa yang menarik?

Samsung Galaxy A33 5G adalah pilihan peranti baharu Samsung dalam kelas pertengahan dengan harga RM1499, siri Galaxy A yang lebih murah berbanding Galaxy A53 dan A73 5G.

Rekaan yang digunakan pada model kali ini masih sinonim dengan rekaan model sebelumnya Galaxy A32, namun kali ini terdapat penambahan bonggol kamera dengan rekaan yang sama seperti Galaxy A53 dan A73. Terdapat 4 pilihan warna iaitu Hitam, Putih, Biru dan Peach. Model kali ini juga menyokong penarafan IP67.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A33 5G dijana cip Exynos 1280 dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan. Turut dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W yang perlu dibeli secara berasingan, kerana Samsung hanya akan beri kabel USB-C ke USB-C sahaja dalam kotak jualan.

Untuk bahagian skrin, ia menggunakan panel jenis Super AMOLED yang bersaiz 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan paparan segar semula 90Hz bersama ketahanan jenis Corning Gorilla Glass 5. Bingkai yang digunakan nampak sedikit tebal dan masih menggunakan rekaan jenis takuk, bukan jenis berlubang (Punch-Hole) seperti kebanyakan fon Android sekarang.

Pada bahagian belakang, Galaxy A33 5G mempunyai kuad-kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan 2MP bokeh dengan rakaman video sehingga 4K 30fps. Manakala swafoto, menggunakan kamera 13MP utama dengan rakaman video 1080p 30fps.

ARTIKEL BERKAITAN