Close

Pandangan awal Samsung Galaxy A73 5G berharga RM2099 – Apa yang menarik?

Pilihan peranti kelas pertengahan di Malaysia nampaknya semakin banyak dan lebih mampu milik dari pelbagai jenama, namun Samsung tetap dengan kelas mereka sendiri yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan premium.

Kali ini kami ada Galaxy A73 5G terbaru yang mempunyai rekaan yang masih sama seperti model sebelumnya, tapi dengan sentuhan yang lebih segar dan pilihan warna baharu yang lebih menarik. Seperti biasa, hanya kabel jenis USB-C to USB-C sahaja yang akan anda dapat dalam kotak jualan, tiada palam pengecas.

Walaupun rekaan Galaxy A73 5G nampak premium, namun kualiti binaan sedikit mengecewakan. Kami tidak kisah sangat dengan binaan plastik pada bahagian belakang jika ia rasa solid, namun binaan plastik pada Galaxy A73 5G terdapat rasa seakan ada ruang kosong yang boleh dirasa jika ditekan-tekan.

Pada bahagian skrin, ia menggunakan panel Super AMOLED Plus bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan segar semula 120Hz yang memberikan kepuasan pada pengalaman penggunaan harian pada sebuah peranti kelas pertengahan. Bingkai yang nampak kurang kemas dan terdapat pengimbas cap jari jenis optikal.

Seperti siri Galaxy S22, Samsung juga turut memberikan sokongan kemaskini Android OS selama 4 tahun dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun pada Galaxy A73 yang membolehkan anda untuk gunakannya dalam masa lebih lama dengan sokongan OS terbaru.

Kamera Galaxy A73 dilengkapi dengan kuad-kamera 108MP utama, 12MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh. Apa yang lebih menjadi tarikan kami adalah keupayaan rakaman video pada kamera swafoto 32MP dan kamera utama mampu merakam video sehingga 4K 30fps yang biasanya tiada pada peranti kelas pertengahan lain.

Pada bahagian lain, ia menggunakan bateri sebesar 5000mAh yang cukup besar dan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W yang perlu dibeli secara berasingan. Apa pun, nantikan ulasan penuh kami dalam artikel yang bakal menyusul nanti.

Untuk lebih terperinci, boleh tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN