Close

Penjualan iPhone 11 akan dihentikan selepas pelancaran iPhone 14 kelak

Pada tahun 2020, Apple telah menghentikan penjualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus seterusnya di ikuti oleh iPhone 12 Pro dan iPhone XR selepas pelancaran iPhone 13 pada bulan lalu. Apple memilih untuk menghentikan penjualan setiap model pada penghujung tahun apabila siri baru dilancarkan.

Menurut maklumat dari @LeaksApplePro, iPhone 11 akan menerima nasib yang sama iaitu akan dihentikan penjualan selepas pengumuman siri baru. Pengeluaran siri iPhone 14 dijangka bermula pada September 2022 sekaligus memberi tanda salah satu model akan menuju pengakhirannya.

Walaupun iPhone 11 tidak hadir dengan skrin jenis OLED dan spesifikasi yang agak berusia namun kebanyakkan pengguna dilihat lebih gemar untuk membeli iPhone 11 berbanding iPhone SE 5G 2022. Selain dari harga iPhone 11 dijual sedikit lebih murah, kebanyakkan pengguna juga lebih gemar peranti skrin yang lebih besar berbanding iPhone SE 5G 2022 dengan skrin hanya 4.7 inci.

Walaupun begitu, Apple menjangkakan penjualan iPhone SE 5G 2022 akan meningkatkan kepada paras yang lebih baik selepas penjualan iPhone 11 dihentikan. Namun harus di ingatkan dengan penghentian penjualan iPhone 11, ia bermaksud iPhone 12 akan menerima penurunan harga dan mungkin akan menjadi alternatif kepada pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN