Close

Realme 9 4G dilancarkan di Malaysia – Skrin AMOLED 90Hz, Kamera 108MP Samsung HM6 dan Pengecasan pantas 33W

 


realme hari ini secara rasminya mengumumkan yang Realme 9 4G akhirnya memasuki pasaran Malaysia. Sebelum ini, realme telah pun melancarkan Realme 9 lebih awal untuk pasaran India. Secara keseluruhan, realme 9 4G merupakan sebuah peranti yang lebih mampu milik namun masih mempunyai elemen premium.

realme 9 4G membawakan skrin bersaiz 6.4 inci AMOLED FHD+ dan menyokong paparan 90Hz. Di kuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB (5GB RAM Expansion) dan storan dalam 128GB. Bateri 5000mAh dimuatkan pada realme 9 4G yang turut menyokong pengecasan pantas 33W Dart Charge.


Untuk fotografi, realme 9 4G hadir dengan tetapan tiga kamera dengan kamera utama adalah 108MP HM6 dari Samsung, diikuti 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Tidak ketinggalan kamera swafoto 16MP. Dengan menawarkan kamera utama 108MP HM6 dari Samsung, boleh dikatakan yang realme 9 4G adalah peranti terawal yang tampil dengan tetapan sebegitu.

Selain itu, realme 9 4G juga hadir dengan pengimbas cap jari dibawah skrin sedikit berbeza dari penawaran model lain yang kebanyakkan tampil dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa. Pengimbas cap jari realme 9 4G ini juga boleh digunakan untuk membaca nadi.

realme 9 4G ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black. Harga bermula RM899 untuk 6GB+128GB namun anda boleh mendapatkannya dengan harga istimewa iaitu RM829 bermula pada 22 April. Bagi varian 8GB+128GB ia dijual pada harga bermula RM999. realme 9 4G akan tersedia dikedai fizikal bermula pada 23 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN