Close

realme Pad Mini kini rasmi di Malaysia – Dijana cip Unisoc dengan harga bermula RM699

 

Selepas melancarkan realme pad mini untuk pasaran Filipina pada awal April lalu, kini realme bersedia untuk membawakan realme pad mini untuk pasaran Malaysia. realme pad mini ini dijana dengan cip Unisoc dan hadir dalam dua variasi iaitu WiFi dan LTE.


Bercakap mengenai spesisifikasi, realme pad mini hadir dengan skrin bersaiz 8.7 inci LCD dengan resolusi 1340 x 800. Dijana cip Unisonic T616 lapan teras bersama grafik Mali-G57 MP1 dan dipadankan dengan RAM 3GB atau 4GB. Untuk storan dalaman ia hadir dalam dua pilihan 32GB dan 64GB yang turut menyokong slot MicroSD sehingga 1TB.

Di bahagian kamera, realme pad mini membawakan kamera belakang tunggal bersaiz 8MP dan kamera swafoto 5MP. Bateri sebesar 6400mAh dimuatkan bersama dengan pengecasan pantas 18W. Ciri lain yang dibawakan oleh realme pad mini adalah seperti pembesar suara jenis stereo, bicu audio, Bluetooth 5.0, menjalankan realme ui for pad berasaskan Android 11 dan boleh digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan realme pad mini, ia dijual pada harga bermula RM699 untuk 3GB+32GB WiFi, RM749 untuk 3GB+32GB LTE dan RM799 untuk 4GB+64GB LTE. realme pad mini turut menawarkan dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Biru. realme pad mini akan mula dijual pada 25 April ini, anda boleh membeli dengan harga istimewa untuk model 3GB/32GB WiFi dan LTE dengan harga RM599 dan RM699.

ARTIKEL BERKAITAN