Close

Samsung bakal umumkan Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon pada 24 April ini


Samsung sentiasa menawarkan sesuatu yang berbeza melalui peranti yang sedia ada. Dan ia bukanlah pertama kali Samsung hadir dengan penawaran sebegini. Samsung sebelum ini telah membawakan beberapa kolabrasi, antara yang terkini adalah BTS Edition, Olympic Edition dan Galaxy Thome Browne Edition.

Bagi anda peminat tegar Pokemon, Samsung baru baru ini telah mengumumkan yang mereka akan mengumumkan Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon yang akan dikeluarkan di Korea Selatan. Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon ini akan diumumkan pada 24 April ini dan akan di jual dalam kuantiti terhad secara eksklusif melalui kedai dalam talian Samsung Korea.

Samsung turut menyatakan yang Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon ini adalah kerjasama terbaik yang pernah di lakukan. Melalui imej yang dikongsi, Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon dilihat hadir dengan kotak merah besar yang merangkumi beberapa kotak kecil yang bertemakan pokeball.

Walaubagaimanapun, Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon ini tidak hadir dengan rekaan bertemakan pokemon pada bodynya sebaliknya ia tampil dengan Galaxy Z Flip3 berwarna hitam. Antara akesories lain yang terdapat adalah pouch istimewa pokemon, sarung tranparents dengan pelekat pikachu, pelekat pokemon tambahan, pop pokeball dan juga rantai kunci Pikachu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN