Close

Samsung Galaxy A51 adalah Android Pertama dengan Port Lightning

Laporan ini mungkin kedengaran seperti tidak masuk akal, namun ianya benar berlaku. Selepas berjaya mengubahsuai iPhone menggunakan Port USB-C, kini pencipta tersebut berjaya mengubahsuai Samsung Galaxy A51 menggunakan Port Lightning. Sekaligus menjadi Android pertama dengan Port Lightning.

Ken Pillonel melalui video yang di muat naik di saluran Youtube beliau mengatakan dia telah berjaya mengubahsuai sebuah peranti Android dengan Port Lightning. Peranti tersebut adalah Samsung Galaxy A51 yang turut menjadi peranti Android pertama di dunia dengan Port Lightning. Melalui video tersebut ia memperlihatkan pengecasan dan pemindahan data dapat dibuat tanpa sebarang masalah.

Selain itu, Ken Pillonel turut mengatakan yang beliau akan berkongsi tutorial video yang lebih terperinci bagaimana untuk mengubahsuai Port Lightning pada Android yang turut menyokong pengecasan dan juga pemindahan data.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN