Close

Samsung Galaxy S23 mungkin akan hadir dengan cip dari MediaTek

Barisan peranti utama Samsung sentiasa hadir dengan cip yang dibangun oleh Samsug sendiri iaitu Exynos dan juga cip dari Qualcomm. Namun terdapat laporan mendakwa Samsung akan mempertimbangkan untuk menggunakan cip dari MediaTek pada barisan peranti utama mereka dan mungkin akan mula digunakan pada Galaxy S23.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut menyatakan tidak semua unit Galaxy S23 akan hadir dengan cip MediaTek. Sebaliknya Galaxy S23 dengan cip MediaTek hanya akan menfokuskan pada pasaran Asia sahaja. Laporan tersebut turut menyatakan yang separuh dari pasaran Galaxy S22 Fan Edition (FE) akan hadir dengan cip MediaTek.

Pada ketika ini, Samsung tidak menjelaskan cip MediaTek mana akan digunakan pada barisan peranti utama mereka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan Samsung dan MediaTek pernah bekerjasama yang mana Samsung sebelum telah ini menggunakan cip MediaTek pada peranti kelas bawahnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN