Close

Sony menjadualkan hari pelancaran Xperia 1 IV pada 11 Mei 2022


Sony hari ini menjadualkan hari pelancaran bagi generasi Xperia seterusnya iaitu pada 11 Mei 2022. Sony juga telah memuat naik satu video teaser berkenaan peranti yang akan diumumkan pada hari pelancaran itu.

Pada hari pelancaran tersebut, Sony akan mengumumkan Xperia 1 IV yang akan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bersama skrin OLED bersaiz 6.5 inci dan empat tetapan kamera belakang. Selain itu. dari segi rekaan Xperia 1 IV akan membawakan reka bentuk sama dengan sisi yang lebih rata berbanding Xperia III.

Pada acara tersebut, kami menjangkakan yang Sony akan turut mengumumkan dua lagi peranti baru iaitu Xperia 5 IV dan Xperia 10 IV. Xperia 5 IV dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 bersama skrin OLED 6.1 inci dan tetapan tiga kamera belakang. Manakala Xperia 10 IV pula hadir dengan skrin OLED 6 inci dengan tetapan tiga kamera belakang.

Akan lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Sony menjelang hari pelancarannya kelak. Sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN