Twitter akan perkenalkan butang 'edit' dalam masa beberapa bulan lagi - FUZZ.MY

Wednesday, April 6, 2022

Twitter akan perkenalkan butang 'edit' dalam masa beberapa bulan lagi


Jika anda fikir tajuk yang anda baca adalah jenaka April Fool, sebenarnya tidak. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Twitter sendiri bawa syarikat itu akan memperkenalkan butang 'edit' buat pengguna Twitter untuk mengubah ciapan (Tweet) yang telah dicipta disebalik padam dan buat baru.

Jay Sullivan, VP Twitter mengatakan bahawa fungsi ini paling banyak permintaan dari pengguna selama beberapa tahun. Twitter merancang untuk memulakan percubaan fungsi 'edit' ini pada pelanggan Twitter Blue dalam masa beberapa bulan lagi. 


Pada beberapa hari yang lepas, CEO Tesla iaitu Elon Musk telah membeli sebanyak 9.2% perkongsian Twitter.