Skor yang diperoleh oleh OnePlus 10 Pro adalah 127 sekaligus menduduki tempat ke 27 dibelakang peranti Mi 10 Pro yang dilancarkan pada tahun 2020 dengan skor 128. Ujian kamera yang dijalankan terbahagi kepada tiga iaitu ujian foto, video dan juga zum. Skor untuk foto adalah 132, video 110 dan zum 72.
Menurut DxOMark, kelemahan utama pada kamera OnePlus 10 Pro adalah terdapatnya artifak dengan kesan warna merah jambu yang dapat dilihat apabila berada dalam keadaan kurang cahaya. Selain itu, masalah prestasi kamera ultra lebar yang tidak begitu baik serta masalah white balance juga merupakan faktor kamera OnePlus mendapatkan markah sedemikian. Selain itu, kekurangan perincian ketika merakam video juga merupakan masalah yang dihadapi oleh OnePlus 10 Pro.
Walaubagaimanapun, kamera OnePlus 10 Pro masih mempunyai beberapa kelebihan seperti julat dinamik yang dihasilkan dalam keadaan hari siang dan keadaan dalam rumah adalah konsisten dengan perincian yang baik. Kemampuan kamera telefoto pada OnePlus 10 Pro juga berfungsi dengan baik.
Untuk melihat perincian yang lebih mendalam mengenai prestasi kamera OnePlus 10 Pro, anda boleh melayari pautan yang disediakan dibawah.