Close

WhatsApp uji ciri baru yang memaparkan jangkaan masa fail dihantar


WhatsApp sebelum ini telah pun menguji beberapa ciri baru seperti boleh menghantar mesej WhatsApp tanpa perlu menyimpan nombor, keupayaan untuk berkongsi fail media sehingga 2GB, boleh mengundi reaksi dan juga ciri multi peranti yang kini sudah berada di fasa stabil.

Terkini, WhatsApp akan membawkan satu lagi ciri baharu di mana ia akan memaparkan jangkaan masa ketika fail dimuat naik atau dimuat turun. Ciri ini buat masa sudah pun diterima oleh beberapa pengguna WhatsApp beta untuk Android, iOS, Web dan juga Dekstop.


Melalui imej yang dikongsi, terdapatnya jangkaan masa dibawah fail yang dimuat turun ini bermaksud fail saiz besar yang dihantar tidak akan diterima secara terus. Dengan ciri ini ia membolehkan pengguna untuk melihat anngaran masa fail tersebut siap dan sedia untuk dihantar.

Ciri ini dilihat sangat berguna seiring dengan pengenalan ciri baharu yang membolehkan perkongsian fail bersaiz sehingga 2GB. Terdapat sesetengah pengguna seperti di Argentina telah mula menggunakan ciri perkongsian fail bersaiz besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN