Close

Apple bakal membawakan ciri Always–On Display melalui iOS 16


Apple sedia untuk memperkenalkan iOS terbaharu mereka iaitu iOS 16 pada acara WWDC yang akan berlangsung tidak lama lagi. Seiring dengan pengenalan tersebut beberapa maklumat awal telah tertiris mengenai ciri yang akan dibawakan oleh iOS 16.

Menurut laporan dari Bloomberg, Apple akhirnya akan membawakan ciri Always–On Display pada iOS 16. Ia adalah ciri premium yang ditunggu–tunggu oleh sesetengah pengguna Apple, melalui ciri ini ia akan sentiasa memaparkan maklumat penting seperti notifikasi, waktu, peratus bateri dan lain lain.

Ciri ini dijangka akan disertakan pada barisan iPhone Premium sahaja iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Namun terdapat maklumat menyatakan yang barisan iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max mungkin akan menerima ciri Always–On Display melaui iOS 16.

Buat masa ini, tiada lagi kenyataan rasmi mengenai model yang akan menyokong ciri Always–On Display, namun kami menjangkakan akan lebih banyak model akan menyokong ciri ini. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang acara WWDC yang akan berlangsung tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN