Close

Apple dijangka akan mula menggunakan port pengecasan jenis USB-C pada iPhone 15



iPhone 15
yang akan dilancarkan pada tahun 2023 akan menjadi iPhone pertama hadir dengan menggunakan port pengecasan jenis USB-C bagi menggantikan port pengecasan jenis Lightning. Menurut maklumat dari pakar tiris terkenal iaitu Ming-Chi Kuo.

Maklumat mengenai port pengecasan USB-C pada iPhone bukanlah perkara baharu. Bermula dari tahun 2017, telah ada beberapa maklumat mengatakan yang Apple akan mula menggantikan port pengecasan Lightning kepada port pengecasan jenis USB C. Dengan Kuo adalah pakar tiris yang konsisten menyatakan perkara tersebut.

Pada kali ini, maklumat yang diperolehi adalah daripada sumber rantaian bekalan yang selalunya akan menjadi kenyataan. Jika ini benar terjadi, siri iPhone 14 akan menjadi iPhone terakhir yang menggunakan port pengecasan port Lightning. 

Buat ketika ini kebanyakkan peranti Apple telah mula menggunakan port pengecasan USB-C, yang masih menggunakan port Lightning adalah seperti iPad kelas permulaan dan barisan AirPods.

    

Dengan menggunakan port pengecasan USB-C, iPhone 15 dapat memanfaat pelbagai fungsi seperti pengecasan yang lebih pantas dan juga sambungan yang lebih universal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN