Close

Apple telah menghentikan pengeluaran iPod

Apple hari ini telah mengumumkan bahawa iPod akan dihentikan pengeluaran untuk model baharu setelah lebih 21 tahun sejak ia mula diperkenalkan oleh Steve Jobs pada tahun 2001.

Jika diimbas kembali, pelbagai model iPod telah diperkenalkan oleh Apple seperti iPod Classic, iPod Mini, iPod Nano, iPod Shuffle dan juga iPod Touch.

Tahun demi tahun nampaknya iPod semakin kurang relevan oleh kerana kewujudan iPhone yang sudah menggantikan iPod dengan ciri telefon pintar yang lebih menarik dan turut dilengkapi dengan pelbagai aplikasi penstriman muzik, lebih-lebih lagi Apple Music.

Kali terakhir Apple perkenalkan model iPod baharu adalah pada tahun 2019, iaitu iPod Touch generasi ke-7 yang sehingga kini masih mendapat kemaskini iOS 15 terbaru. 

ARTIKEL BERKAITAN