Close

Google memperlihatkan siri Google Pixel 7, Pixel Watch dan Pixel Tablet secara rasmi

Google melalui acara Google I/0 2022 yang berlangsung semalam bukan sahaja mengumumkan Google Pixel 6a dan Pixel Buds Pro secara rasmi, tetapi apa yang menarik adalah Google turut memperlihatkan beberapa peranti baharu yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Google tanpa berselindung telah memperlihatkan reka bentuk Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Di mana kedua-duanya akan dijana oleh cip Google Tensor generasi kedua. Google turut memperlihatkan reka bentuk panel belakang yang masih menggunakan reka bentuk yang sama namun menggunakan kemasan jenis aluminium pada bahagian kamera. Potongan kamera juga kini lebih jelas dapat dilihat sekaligus memberikan perbezaan dari siri Pixel 6.

Untuk tetapan kamera belakang, Pixel 7 akan hadir dengan tetapan dua kamera manakala Pixel 7 Pro akan hadir dengan tetapan tiga kamera. Hari pelancaran bagi Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dijangka akan pada September atau Oktober 2022.

Seterusnya, Google turut memperlihatkan jam tangan pintar pertama mereka yang menggunakan reka bentuk yang sangat minimalis dengan rekaan skrin jenis bulat dan terdapat butang “crown”. Menjalan sistem operasi Wear OS dengan integrasi kesihatan dari Fitbit.

Dengan integrasi kesihatan dari Fitbit, kami menjangkakan beberapa penjejakan kecergasan seperti Active Zone Minutes, stats, progress, personal fitness goals, continuous heart rate tracking, dan sleep tracking akan hadir secara terbina. Selain itu, aplikasi Google Home baharu juga akan dimuatkan pada Wear OS bagi memudahkan sambungkan peranti secara terus.

Peranti terakhir yang diperlihatkan sedikit mengejutkan, tanpa sebarang maklumat yang bocor Google menyatakan yang mereka akan melancarkan Pixel Tablet pada tahun 2023. Pixel Tablet dijangka akan turut dijana oleh cip Google Tensor dan akan  menjadi teman sempurna buat telefon Google Pixel. Berdasarkan dari imej yang dikongsi, Pixel Tablet dilihat mempunyai rekaan bezel yang agak nipis dengan satu kamera depan dan satu kamera belakang. Menurut Google, Pixel Tablet direka bentuk untuk menjadi Tablet paling berguna di dunia.

Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh Google mengenai peranti yang akan dilancarkan. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN