Close

Google Pixel Watch dilaporkan akan menggunakan cip Exynos dari tahun 2018



Google akhirnya mengumumkan yang projek Google Pixel Watch adalah benar melalui acara Google I/O tahun ini. Dalam acara tersebut juga Google telah memperlihatkan reka bentuk Google Pixel Watch secara rasmi dan dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Walaubagaimanapun, pada acara tersebut Google tidak mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai Google Pixel Watch. Namun berdasarkan dari laporan terbaru yang diperolehi, Google Pixel Watch dijangka akan menggunakan cip Exynos dari Samsung.

Merujuk kepada laporan 9to5Google, Pixel Watch akan menggunakan cip Exynos 9110 iaitu cip yang dihasilkan pada tahun 2018 yang menggunakan teknologi binaan 10nm dan menjalankan dua teras Cortex-A53. Cip yang sama digunakan pada Samsung Galaxy Watch pertama.

Sumber Jon Prosser

Namun, Google mempunyai alasan tersendiri mengapa menggunakan cip Exynos dari tahun 2018. Menurut sumber, Google telah pun membina Google Pixel Watch sejak beberapa tahun yang lalu dan semua pembangunan adalah berasaskan dari cip yang lebih lama. Jika Google menggunakan cip yang lebih baru, Google dikatakan akan mengambil masa yang lebih lama untuk melancarkan Pixel Watch pertama mereka.

Samsung kini telah pun menghasilkan cip baru iaitu cip Exynos W920 yang berasaskan teknologi binaan 5nm dengan Cortex-A55 yang lebih pantas dan cekap dimana ia telah pun digunakan pada Samsung Galaxy Watch 4. 


Selain itu, penyebab lain Google tidak menggunakan cip yang lebih baru adalah Samsung buat masa ini tidak lagi menjual cip W920 kepada pihak ketiga dan Samsung tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bilakah cip tersebut akan tersedia untuk Google.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN