Close

Huawei Matex Xs 2 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM7,999

Huawei telah pun melancarkan Huawei Mate Xs 2 untuk pasaran Global, kini Huawei dilihat bersedia untuk menawarkan peranti ini secara rasmi di Malaysia. Pada Huawei Mate Xs, Huawei dilihat membawakan perubahan yang sediki berbeza dari model sebelumnya manakala dari dalaman pula ia tampil dengan spesifikasi yang mengagumkan.

Huawei Mate Xs dilengkapi dengan skrin OLED 7.8″ 120Hz apabila dibuka dan apabila ditutup penggunaakan mendapat skrin bersaiz 6.5″. Di jana dengan cip Snapdragon 888 4G, RAM sehingga 12GB, storan dalamaN sehingga 512GB. Bateri sebesar 4800mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.

Bergerak ke bahagian kamera, Huawei Mate Xs dilengkapi dengan tetapan tiga kamera belakang. Kamera utamanya adalah 50 MP, 13 MP ultra sudut lebar dan 8 MP telefoto. Untuk kamera swafoto pula ia hadir dengan 10.7 MP. Dengan berat hanya sekitar 229g, Huawei Mate Xs 2 adalah merupakan peranti boleh lipat paling ringan dan paling nipis yang berada di pasaran ketika ini. Selain itu, Falcon Wing generasi baharu menjadikan kesan lipatan pada Huawei Mate Xs 2 tidak begitu ketara.

Antara ciri menarik yang hadir pada Huawei Mate Xs adalah seperti menyokong sokongan Stylus, pengimbas cap jari dibahagian sisi dan juga terdapat Infrared Port. Menjalankan antaramuka EMUI 12 HarmonyOS 2.0 berasaskan AOSP.

Uuntuk harga jualan, Huawei Mate Xs 2 akan dijual pada tanda harga RM7,999. Bagi yang ingin mendapatkan Huawei Mate Xs 2, pra tempahan untuk pasaran Malaysia akan bermula dari 3 Jun sehingga 23 Jun. Dengan setiap pra tempahan, pelanggan akan mendapat sebuah jam tangan pintar Huawei Watch GT 2 Pro dan akan menerima pelbagai hadiah menarik yang bernilai RM1,400.

ARTIKEL BERKAITAN