Close

iPhone 14 mungkin tidak akan menggunakan panel dari BOE selepas terdapatnya cubaan menipu


Pembekal panel OLED dari China iaitu Beijing Oriental Electronics (BOE) telah mencapai perjanjian utnuk menjadi pembekal panel OLED yang akan digunakan pada siri iPhone 14. Yang mana sebelum ini, BOE adalah pembekal utama bagi panel OLED yang digunakan pada siri iPhone 13.

Walaubagaimanapun, The Elec menyatakan yang perjanjian tersebut yang melibatkan 30 Juta unit panel OLED belum lagi menerima kelulusan daripada Apple dan berkemungkinan perjanjian tersebut akan dibatalkan. Ia disebabkan BOE dikatakan telah melakukan perubahan tanpa kebenaran dari Apple pada panel OLED terbaharu siri iPhone 13.

Berikutan dari itu, Apple telah bertindak menghentikan pengeluaran panel OLED dari BOE sejak Febuari lalu. The Elec juga menambah yang BOE telah menghantar beberapa eksekutif peringkat tertinggi ke Apple Park untuk membincangkan perkara ini. Namun setakat ini BOE tidak menerima maklum balas yang jelas daripada Apple

Apple sebelum ini mahu mengurangkan kebergantungan kepada panel Samsung dan LG dengan mempelbagaikan pembekal. Tetapi memandangkan BOE gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, berkemungkinan 30 Juta panel yang sepatutnya dikeluarkan oleh BOE mungkin akan dikeluarkan oleh Samsung atau LG.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN