Close

Nothing Phone (1) mungkin akan dilancarkan pada 21 Julai dengan harga bermula RM2,354

Selepas beberapa bulan tanpa khabar berita, Nothing hari ini memperlihatkan teaser reka bentuk yang akan digunakan pada Nothing (1). Seperti yang kita tahu, Carl Pei sememangnya pakar dalam memberikan teaser seperti mana ia melakukanya di OnePlus pada suatu ketika dahulu.

Melihat dari teaser yang dimuat naik, ia memperlihatkan reka bentuk yang digunakan adalah sinonim dengan hala tuju Nothing. Seperti produk pertama Nothing iaitu Ear (1) yang hadir dengan rekaan lut sinar, Nothing Phone (1) juga akan membawakan identiti yang sama di mana ia akan menonjolkan komponen dalam telefon sekaligus menjadikan ia sebagai satu simbol ikonik produk Nothing.

Selain dari reka bentuk yang diperlihatkan, terdapat laporan lain menyatakan yang Nothing Phone (1) mungkin akan dilancarkan pada 21 Julai ini dengan harga bermula pada RM2,354. Maklumat yang di kongsi oleh Max Jambor iaitu orang yang sama telah membocor beberapa maklumat tepat mengenai OnePlus sebelum ini.

Buat masa ini antara maklumat yang telah dikongsi oleh Nothing ialah ia akan dijana cip dari Qualcomm, hadir dengan sistem operasi sendiri yang dikenali sebagai Nothing OS berasaskan Android terbaru, menggunakan bingkai dari aluminium kitar semula dan juga kerjasama dengan rangkaian O2. Akan lebih maklumat yang akan dikongsi dari semasa ke semasa, sama–sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN