Close

Terdapat prototaip Google Pixel 7 dijual melalui eBay

Pada acara Google I/O yang berlangsung pada beberapa minggu lalu, Google secara rasminya mengesahkan beberapa maklumat mengenai generasi Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 7. Melalui pengenalan itu Google telah memperlihatkan reka bentuk rasmi bagi siri Google Pixel 7.


Biarpun Google tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi siri Google Pixel 7, namum prototaip yang didakwa sebagai Pixel 7 telah pun disenaraikan di dalam eBay. Prototaip tersebut dilihat sepadan dengan apa yang didedahkan oleh Google sebelum ini iaitu dengan bar kamera aluminium, potongan kamera dan warna yang ditawarkan.

Penyenaraian di eBay turut memperlihatkan beberapa imej dari bahagian depan, belakang dan juga sisi peranti yang mana ia tidak dikongsi oleh Google sebelum ini. Selain itu, imej tersebut juga memperlihatkan storan dalaman dengan 128GB sekaligus merumuskan yang Google akan menawarkan varian 128GB sebagai spesifikasi asas bagi Pixel 7. Kod model GVU6C juga disahkan sebagai nombor model Pixel 7.

Walaubagaimanapun , penyenaraian prototaip Pixel 7 di eBay dilihat telah pun di padam dengan harga bidaan akhir bagi Prototaip Pixel 7 adalah sekitar RM1,968 ($450). Ini bukanlah pertama kali prototaip Google Pixel dijual sebelum ia dilancarkan secara rasmi sebelum ini siri Google Pixel 4 juga menerima nasib yang sama dan baru–baru ini Pixel Watch juga tertiris sebelum diumumkan secara rasmi di Google I/O 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN