Close

Rekaan Xiaomi 12 Ultra tertiris memperlihatkan tujuh kamera belakang dengan logo Leica

Sumber : IT Home


Xiaomi ketika ini masih lagi belum melancarkan siri terunggul mereka iaitu Xiaomi 12 Ultra. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang Xiaomi telah menjalinkan kerjasama bersama Leica selepas Huawei menamatkan kerjasama bersama Leica.

Terkini, imej Xiaomi 12 Ultra tertiris sekaligus mengesahkan kerjasama Xiaomi dan Leica. Melalui imej tersebut juga memperlihatkan reka bentuk kamera Xiaomi 12 Ultra dengan rekaan jenis bulat dan mempunyai tujuh sensor kesemuanya.


Sumber : IT Home


Xiaomi 12 Ultra dijangka akan dilengkapi dengan sensor seperti sensor laser, zum periskop, zum optikal, kamera depth dan juga sensor Lidar. Untuk meningkatkan kualiti imej, Xiaomi 12 Ultra akan mungkin dilengkapi dengan Surging C2 ISP yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi.

Bercakap mengenai spesifikasinya, Xiaomi 12 Ultra mungkin akan dijana cip Snapdrgon 8 Gen 1+ TSMC dan menggunakan skrin AMOLED 6.73 inci dengan resolusi 3200×1440 bersama teknologi LTPO 2.0 dengan paparan maksimum 120Hz. 


Sumber : IT Home

Melaui maklumat tambahan, Xiaomi 12 Ultra dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun atau Julai tahun ini. Walaubagaimanapun buat masa ini tiada maklumat rasmi yang didedahkan oleh Xiaomi mengenai Xiaomi 12 Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN