Close

Tiga perkara yang kami suka mengenai Samsung Galaxy A73 5G

Siri Galaxy A generasi ketiga yang ditawarkan ketika ini boleh dikatakan sebagai peranti kelas pertengahan premium. Mana tidaknya, Samsung secara jelas membawakan hampir kesemua ciri premium yang ada pada siri Galaxy S pada siri Galaxy A. Dan dalam siri Galaxy A, yang paling mencuri tumpuan adalah model Galaxy A73 5G.

Bercakap mengenai Galaxy A73 5G, terdapat beberapa perkara yang menarik mengenainya. Walaupun dari pandangan luaran ia saling tidak tumpah seperti model sebelumnya namun dari segi dalaman ia berada pada dimensi yang berbeza. Oleh yang demikian kami ingin berkongsi mengenai tiga perkara yang kami suka pada Galaxy A73 5G.

Sistem Operasi dan Kemaskini


Ia mungkin perkara yang jarang diperkatakan secara umum, namun kami mempunyai pendapat sendiri mengenai sistem operasi yang digunakan oleh Samsung dan juga mengenai sokongan kemaskini. Dan ia merupakan satu dari tiga perkara yang disukai oleh kami pada Galaxy A73 5G.

Seperti yang kita tahu, Samsung menjalankan sistem operasi One UI pada peranti mereka. Apa yang menarik Samsung telah pun menawarkan Android terkini pada Galaxy A73 5G yang berasaskan Android 12. Melaluinya, Samsung telah menawarkan pengalaman sistem operasi yang sangat lancar dan pantas. One UI juga boleh dikatakan sangat responsif ketika digunakan, ini disebabkan oleh pengoptimuman yang dilakukan oleh Samsung. Dengan beberapa jenis penyesuaian yang disediakan ia menjadikan One UI lebih seronok digunakan. 


Selain dari sistem operasinya yang lancar dan pantas, Samsung turut menjanjikan kemaskini yang lebih lama. Tidak ada pengeluar yang menjanjikan kemaskini lebih dari lima tahun untuk sesebuah peranti kelas pertengahan. Dengan empat tahun kemaskini Android dan lima tahun kemaskini keselamatan ia menjadikan Samsung satu satunya pengeluar yang memberikan kemaskini selama itu. Dengan penawaran ini, ia akan menjadikan Galaxy A73 lebih berbaloi digunakan untuk jangka masa yang panjang berbanding peranti yang sama kelas dengannya.

Cip Qualcomm Snapdragon 778G


Seperti yang kita tahu, Samsung Galaxy A73 dijana oleh cip Snapdragon 778G. Yang mana pada ulasan kami sebelum ini ada menyentuh mengenai kemampuan Snapdragon 778G. Secara keseluruhan, Snapdragon 778G telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Prestasi yang diberikan juga adalah sangat mengagumkan walaupun ia bukanlan cip dari kelas andalan. 

Pengalaman penggunaan boleh dikatakan tiada sebarang masalah, penukaran aplikasi sangat lancar biarpun menjalankan lebih dari lima atau lapan aplikasi dibelakang. Pengalaman bermain games juga sangat menyeronokan kerana kebanyakkan games boleh dimainkan dengan lancar dan boleh dimainkan pada tetapan tinggi.

Merujuk dari penanda aras Antutu, cip Snapdragon 778G berada dikedudukan keenam dengan jumlah skor 759137. Selain itu, kami tidak menghadapi masalah kepanasan yang keterlaluan seperti pada beberapa peranti lain yang kami telah cuba. Pemilihan cip Snapdragon 778G pada Galaxy A73 5G boleh dikatakan sebagai turning point yang menjadikan ia sebagai peranti kelas pertengahan premium pilihan untuk tahun ini.

 

Kamera 


Untuk menjadikan Samsung Galaxy A73 5G pilihan yang tepat untuk dibeli. Samsung buat pertama kalinya menyertakan kamera utama 108MP pada peranti kelas pertengahan mereka. Kemampuan kamera utama Samsung boleh dikatakan agak baik yang dibantu oleh tiga lagi kamera iaitu sudut lebar, makro dan depth.


Secara asasnya, kemampuan kamera pada Samsung Galaxy A73 5G adalah agak baik. Namun ia bergantung kepada senario imej itu diambil. Bagi keadaan yang cukup cahaya, perincian imej dan warna dihasilkan adalah baik. Selain itu, rakaman video pada Samsung Galaxy A73 5G juga boleh dikatakan agak baik dengan fokusnya yang tajam dan perincian dapat dikekalkan. Walaupun kemampuan kamera pada Galaxy A73 5G tidak sehebat peranti andalan namun peningkatan yang dibawakan pada kamera wajar diberikan kredit.

ARTIKEL BERKAITAN