Close

WhatsApp bakal tamatkan perkhidmatan pada peranti yang menjalankan iOS 10 dan iOS 11

WhatsApp akhirnya mengumumkan untuk menghentikan perkhidmatan pada peranti yang menjalankan iOS 10 dan iOS 11. Berikutan itu, WhatsApp mula mengeluarkan notifikasi mengenai aplikasi tersebut akan menghentikan perkhidmatannya bermula pada 24 Oktober ini.


Walaubagimanapun, terdapat cara untuk terus menggunakan perkhidmatan WhatsApp iaitu pengguna harus mengemaskini sistem operasi kepada iOS paling terkini iaitu iOS 12 atau ke atas. Kerana selepas 24 Oktober WhatsApp akan mula menghentikan perkhidmatan pada peranti yang menjalankan iOS 10 dan iOS 11.

Antara model yang terkesan dengan penamatan perkhidmatan WhatsApp adalah iPhone 5 dan iPhone 5C, yang mana kedua–dua tersebut model telah dilancarkan 10 tahun yang lalu. Buat pengguna iPhone 5s, iPhone 6 dan juga iPhone 6s yang telah mengemaskini ke iOS 12 tidak perlu risau buat masa ini, kerana WhatsApp masih boleh digunakan.

WhatsApp Help Center telah menyatakan, pengguna iPhone sekurang–kurangnya perlu menjalankan iOS 12 dan ke atas untuk kekal menggunakan perkhidmatannya. Manakala bagi pengguna Android minimum untuk menggunakan perkhidmatan WhatsApp adalah menjalankan OS 4.1 atau ke atas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN