Close

WhatsApp bangunkan fungsi keluar ‘Group’ secara senyap


WhatsApp tidak lama lagi bakal membawakan fungsi yang mungkin ditunggu–tunggu oleh ramai pengguna iaitu fungsi keluar dari group secara senyap.


Menurut dari WABetaInfo, fungsi ini dikatakan sedang dalam percubaan untuk versi Desktop dan akan hadir pada pengguna Android dan juga iOS untuk versi beta tidak lama lagi. Melalui fungsi ini, jika terdapat ahli group bertindak meninggalkan group hanya barisan pentadbir atau admin sahaja yang akan menerima notifikasi berkenaan ahli meninggalkan group.

Ini membawa maksud tidak akan ada notifikasi akan muncul pada chat group jika seseorang meninggalkan group. Fungsi ini diihat akan memberikan sedikit keselesaan kepada pengguna yang ingin meninggalkan group tanpa meninggalkan sebarang spekulasi.

Buat masa ini, WhatsApp dilihat lebih terarah kepada membangunkan fungsi baru untuk WhatsApp Group. Sebelum ini WhatsApp telah membenarkan ahli group ditambah sehingga 512 ahli group yang mana sebelum ini hanya 256 ahli. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN