Close

Apple tidak akan melancarkan set kepala AR pada acara WWDC kerana bimbang ditiru pesaing

Desas desus mengenai set kepala AR yang sedang dibangunkan oleh Apple semakin hangat diperkatakan. Ditambah dengan beberapa maklumat awal mengenainya seperti hadir dengan realityOS menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk dilihat.

Terkini, menurut pakar tiris Ming–Chi Kuo. Apple tidak akan memperkenalkan set kepala AR pada acara WWDC yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Ini kerana Apple dikatakan bimbang set kepala mereka akan ditiru oleh pesaing. Sekaligus memungkinkan pesaing menghasilkan alternatif lain iaitu set kepala AR dengan konsep dan idea yang sama seperti Apple.

Acara WWDC akan berlangsung pada 6 Jun ini, pada acara tersebut Apple dijangka akan mengumumkan beberapa sistem operasi baharu iaitu iOS 16, iPadOS 16, watchOS 9 dan juga kemasikini macOS terkini. Kami menjangkakan akan ada kejutan dari Apple menjelang acara WWDC, sama–sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN