Close

Asus kini menawarkan siri ROG AMD Gaming 2022 untuk pasaran Malaysia

 

Jenama Asus tidak lagi perlu diperkenalkan, kerana ia merupakan salah satu jenama yang terkenal untuk pasaran Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika Asus melalui siri ROG AMD Gaming 2022 menawarkan pelbagai variasi komputer riba untuk pasaran Malaysia iaitu ROG Flow X13, ROG Zephyrus Duo 16, ROG Zephyrus G15, ROG Zephyrus G14.

Kesemua model tersebut kini sudah mendarat secara rasmi untuk pasaran Malaysia yang mana kesemua siri ROG AMD Gaming 2022 kini tampil dengan spesifikasi tertinggi yang terkini dan juga reka bentuk yang lebih efisien untuk Gaming.

ROG Flow X13 (2022)

Antara model yang patut diberikan perhatian untuk siri ROG AMD Gaming 2022 kali ini adalah ROG FLOW X13, yang mana kini ia telah pun ditambah baik dengan spesifikasi terkini yang dijanakan oleh AMD Ryzen™ 7 6800HS dan digabungkan dengan GPU dari NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 Ti.

Tidak hanya menawarkan spesifikasi yang terbaik, dari segi reka bentuk ROG FLOW X13 kini mempunyai rekaan yang ultra-slim, ultra-ringan dan mampu untuk digunakan pada keadaan 360° sekaligus memboleh ia digunakan sebagai konsol atau sebagainya. Selain itu, rekaan body ROG FLOW X13 kini lebih extreme mobility dengan skrin dilindungi oleh Corning Gorilla Glass.

ROG Zephyrus Duo 16 (2022)

Bagi siri ROG AMD Gaming 2022, model ROG Zephyrus Duo 16 merupakan model yang paling inovasi. Seperti namanya, model ini didatangkan dengan kemampuan dwi-paparan yang dinamakan sebagai ROG ScreenPad Plus. Melalui teknologi ini ia akan menjadikan pengalaman bermain yang lebih dan juga pengalaman penstriman yang lebih mantap.

Model ROG Zephyrus Duo 16 kini turut menggunakan teknologi engsel yang baru iaitu 4-directional hinge, menjadikan jurang antara skrin pertama dan kedua hampir tiada sekaligus dapat memberikan nikmat melihat skrin seakan tanpa bezel. Untuk sepsifikasi, model ini dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 9 6980HX yang digabungkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.

ROG Zephyrus G14 dan G15

Model yang menjadi tumpuan untuk siri ROG AMD Gaming 2022 semestinya ROG Zephyrus G14 dan G15. Jadi mari kita mulakan dengan ROG Zephyrus G15, dianggap sebagai komputer riba gaming yang paling kritikal yang pernah dihasilkan oleh Asus. Pada siri terbaharu ROG Zephyrus G15 ia menampilkan reka bentuk yang cukup mempersonakan dengan menggunakan metal lid yang dipotong kemas menggunakan matrik dots yang berjaya menampakan elemen kilauan halus prism seperti dalam filem. Ia sekaligus memberikan gambaran yang berbeza berkenaan komputer riba yang berasaskan permainan.

Pada ROG Zephyrus G14 pula, ia tampil dengan spesifikasi yang terkini yang mana pada model ini ia dikuasakan oleh CPU dan GPU dari AMD. Untuk memberikan pengalaman bermain yang unggul, Asus melalui ROG Zephyrus G14 hadir dengan AMD Ryzen siri 9 dan digabungkan dengan GPU AMD Radeon RX siri 6000S. Selain dari spesifikasi, Asus turut membawakan solusi baharu pada sistem penyejuk yang mana ia tampil dengan sistem penyejuk yang baharu sekaligus dapat meminimumkan suhu sekaligus dapat meningkatkan pengalaman bermain yang lebih baik.

Secara keseluruhan siri ROG AMD Gaming 2022 membawakan banyak perubahan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk. Apa yang boleh dikatakan kesemua siri kali ini tampil dengan nafas baharu yang meletakkan Asus berada pada tahap yang berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Asus sentiasa menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN