Close

Asus menjadualkan acara pelancaran ROG Phone 6 pada 5 Julai ini

Asus akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi pelancaran siri baharu ROG Phone seterusnya iaitu ROG Phone 6 yang akan dilancarkan pada 5 Julai 8 malam waktu Taipei. Acara pelancaran tersebut juga boleh di tonton melalui strim langsung. 

Pada acara pelancaran tersebut, Asus dijangka akan mengumumkan beberapa aksesori baharu yang hadir dengan ROG Phone 6 seperti mana model sebelumnya. ROG Phone 6 dijangka akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang merupakan cip terbaharu dari Qualcomm yang menjanjikan 10% peningkatan CPU dan 10% peningkatan GPU dari Snapdragon 8 Gen 1.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Asus mengenai ROG Phone 6. Dengan hari pelancaran yang masih mempunyai baki lebih sebulan, kami menjangkakan akan lebih banyka maklumat mengenai ROG Phone 6 akan didedahkan. Seperti biasa, sama–sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN