Close

Butang ikonik OnePlus mungkin tidak akan digunakan pada model seterusnya

Seperti yang kita tahu terdapatnya ciri ikonik pada model OnePlus kerana ia hadir dengan butang Alert Slider yang terletak dibahagian sisi sebelah kanan. Yang mana ciri ini memudahkan pengguna untuk mengubah tetapan notifikasi dengan hanya satu butang sahaja.

Namun berdasarkan dari maklumat terkini mengatakan OnePlus tidak lagi akan menyertakan butang Alert Slider pada model yang seterusnya ( Standard ) namun ciri ini masih lagi tersedia pada model OnePlus versi ” Pro” sahaja. 

Maklumat lain turut mengatakan selain dari model OnePlus versi “Pro” peranti andalan dari Oppo juga dikatakan akan tampil dengan butang Alert Slider. Ia bukanlah sesuatu yang janggal, memandangkan OnePlus dan Oppo kini saling berkongsi teknologi yang mereka gunakan.

Memperkuatkan lagi maklumat ini, imej awal OnePlus 10T yang tertiris baru baru ini juga dilihat tidak mempunyai butang Alert Slider seperti mana pada model OnePlus 10 Pro. Selain itu, OnePlus sebenarnya telah memberikan bayangan awal mengenai perkara tesebut dengan mula tidak menyertakan butang ikonik tersebut pada model Nord versi N.


Sumber : @heyitsyogesh

Walaubagaimanapun pihak OnePlus buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. Ini membawa maksud masih ada secebis harapan untuk melihat perkara ini tidak berlaku. Namun jika ia benar terjadi, OnePlus 10T akan menjadi peranti  OnePlus pertama yang dilancarkan tanpa butang Alert Slider.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN