Close

Ciri baharu WhatsApp membolehkan pengguna menyembunyikan gambar profil, status dan juga ‘Last Seen’

Pada beberapa tahun yang lepas WhatsApp telah pun membangunkan ciri yang mengutamakan privasi namun ia terhad kepada pengguna versi beta sahaja. Ciri privasi yang dimaksudkan ialah membolehkan pengguna untuk menyembunyikan gambar profil, status dan juga last seen daripada pengguna tertentu dalam senarai kenalan mereka.

Terkini, WhatsApp dikatakan telah pun membawakan ciri ini pada semua pengguna diseluruh dunia pada Android dan juga iOS. Dengan pengenalan ciri ini, pengguna kini mempunyai tiga pilihan privasi iaitu semua pengguna, kenalan sahaja atau tidak boleh di lihat oleh sesiapa. Tidak ketinggalan anda juga boleh memilih kenalan melalui “My contacts except” yang mana telah pun tersedia pada privasi status.

 Namun suka di ingatkan, jika anda menyembunyikan status privasi anda, perkara yang sama juga akan berlaku terhadap anda.

Jika anda mahu mencuba ciri baharu ini, anda boleh pergi ke Tetapan WhatsApp > Akaun > menu Privasi pada peranti Android dan juga iPhone, Selamat mencuba.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN